Komando Hilang | Tidak berlaku pelanggaran SOP – Adly

2023-02-10 0

Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang di perairan Pulau Undan, Melaka selasa lalu.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari bagaimanapun berkata, penilaian lanjut akan diteruskan memandangkan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan itu berlaku.